Pages

Saturday 1 October 2011

CARTA ORGANISASI


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
 FATWA KUMPULAN 4 TLC 6





MUFTI

Y.B.S.S. DATO’ SERI SETIA DR. MOHAMAD AFIQ BIN MOHD SALLEH


Beliau berasal dari Gombak,Selangor dan dilahirkan pada 11 September 1960. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assam Jawa, dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Jeram. Kemudian beliau menyambung pelajaran diploma dalam bidang syariah di Kolej Sultan Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai KUSZA. Beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mendapat tajaan penuh untuk menyambung pelajaran dalam peringkat seterusnya di Universiti Islam Madinah dan seterusnya mendapat pengiktirafan kedoktoran di University of Yarmouk Jordan.




TIMBALAN MUFTI

Y.B.S.F. DATO' SERI DIRAJA DR. MOHAMAD IZZAT BIN HUMAIDI

Beliau berasal dari Tronoh, Perak dan dilahirkan pada 5 April 1980. Mendapat pendidikan awal kanak- kanak di Tadika Abim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.Kemudian ke S.K Sultan Yusof Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan di peringkat menengah di Maahad Al-Mizan Manong, Kuala Kangsar. Setelah tamat Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah tersebut beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang syariah dan kehakiman di Universiti Al-Azhar,Qairo. Beliau menyambung pengajian di peringkat master di Universiti Islam Madinah dan seterusnya beliau mendapat pengiktirafan kedoktoran juga di Universiti Islam Madinah.



PEGAWAI ISTINBAT 1

DATO’ SRI AFIFAH BINTI MOHAMAD ZAKI

Beliau berasal dari Kota Bharu Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1970 mendapat pengajian awal  di Maahad Tahfiz Wal Qiraat di Baling, Kedah. Beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Aceh, Indonesia. Kemudian beliau menceburi bidang Alquran dan Alhadis di Ummul Al-Qura Makkah Al-Mukarramah. Kini beliau bertugas sebagai pegawai istinbat di samping melanjutkan pengajian di peringkat Master di Universiti Malaya.


PEGAWAI ISTINBAT 2

PUAN SRI NORIAH BINTI ROSLI@PLEE 


Beliau di lahirkan di kubang kerian, kelantan pada 01 mac 1968. Beliau merupakan anak kedua daripada lapan beradik.   Mendapat pendidikan menengah di Maahad Amir Indra Petra Beris Kubur Besar sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang  Bahasa Arab di  Universiti Yamouk, Jordan. Kini beliau bertugas sebagai pegawai istinbat di Jabatan Mufti Selangor disamping melanjutkan pengajian di peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment