Pages

Thursday 6 October 2011

Definisi FATWA


KENALI APA ITU FATWA


Apa Itu Fatwa?

Definisi Fatwa

Dari Segi Bahasa


Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah


Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang


Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
  1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
     
  3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
     
  5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.

Visi, Misi, Objektif dan Motto





Visi
 Peneraju dalam membentuk ketamadunan ummah pada era globalisasi.


Misi
 Mewujudkan pengurusan fatwa yang cekap, tepat dan berkesan.


Objektif
 Memastikan fatwa yang dikeluarkan tersebar kepada seluruh umat Islam.

 Menghasilkan pegurusan fatwa yang berteraskan sumber perundangan Islam.

  Membentuk masyarakat yang peka dan berpegang kepada ajaran Islam.



Fungsi
 Penyediaan dan penetapan fatwa.

 Pengeluaran dan penyelarasan fatwa.


Motto
Patuh, Laksana & Berkesan


 









Saturday 1 October 2011

THREATS

ANCAMAN DALAM
  • Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai IT bagi golongan ilmuwan agama dalam mengejar arus kemodenan.
  • Kurang kemahiran dan minat dalam diri individu untuk mengakses sistem IT yang terkini.
ANCAMAN LUARAN
  • Mendapat tekanan dan dipengaruhi dari sistem politik negara.
  • Mendapat cemuhan oleh masyarakat yang tidak faham mengenai prosedur yang kononya Jabatan Mufti kurang prihatin untuk 'update' data-data terkini mengenai  fatwa-fatwa yang diwartakan.

OPPORTUNITIES


  • Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan fatwa terkini yang telah diwartakan melalui laman web ini.
  • Menyediakan peluang untuk masyarakat mengakses fatwa-fatwa terbaru masa kini dari laman web JFK4TLC6, JAKIM dan juga Jabatan Mufti bagi setiap negeri-negeri di Malaysia
  • Mengajar masyarakat khususnya yang beragama Islam supaya lebih peka dan prihatin bagi masalah-masalah dalam hal agama Islam dengan mengakses laman web ini

WEAKNESS


  • Laman ini masih dalam proses penambahbaikan sistem oleh sebab ia masih baru dibina .
  • Kurang memberi pendedahan kepada pengguna untuk mengakses matlumat dari sistem laman web ini.
  • Masih terlalu banyak kesilapan dan kekurangan bagi sistem laman ini dari pihak kami selayaknya masih seorang pelajar.

STRENGTHS


  • Laman ini amat ringkas dan mudah difahami oleh para pembaca
  • Menghebahkan maklumat-maklumat yang terkini mengenai fatwa yang diwartakan dan juga keputusan fatwa
  • Bersumberkan dari sumber yang benar lagi jitu seperti JAKIM dan Jabatan Mufti dari setiap negeri.

CARTA ORGANISASI


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
 FATWA KUMPULAN 4 TLC 6





MUFTI

Y.B.S.S. DATO’ SERI SETIA DR. MOHAMAD AFIQ BIN MOHD SALLEH


Beliau berasal dari Gombak,Selangor dan dilahirkan pada 11 September 1960. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assam Jawa, dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Jeram. Kemudian beliau menyambung pelajaran diploma dalam bidang syariah di Kolej Sultan Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai KUSZA. Beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mendapat tajaan penuh untuk menyambung pelajaran dalam peringkat seterusnya di Universiti Islam Madinah dan seterusnya mendapat pengiktirafan kedoktoran di University of Yarmouk Jordan.




TIMBALAN MUFTI

Y.B.S.F. DATO' SERI DIRAJA DR. MOHAMAD IZZAT BIN HUMAIDI

Beliau berasal dari Tronoh, Perak dan dilahirkan pada 5 April 1980. Mendapat pendidikan awal kanak- kanak di Tadika Abim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.Kemudian ke S.K Sultan Yusof Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan di peringkat menengah di Maahad Al-Mizan Manong, Kuala Kangsar. Setelah tamat Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah tersebut beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang syariah dan kehakiman di Universiti Al-Azhar,Qairo. Beliau menyambung pengajian di peringkat master di Universiti Islam Madinah dan seterusnya beliau mendapat pengiktirafan kedoktoran juga di Universiti Islam Madinah.



PEGAWAI ISTINBAT 1

DATO’ SRI AFIFAH BINTI MOHAMAD ZAKI

Beliau berasal dari Kota Bharu Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1970 mendapat pengajian awal  di Maahad Tahfiz Wal Qiraat di Baling, Kedah. Beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Aceh, Indonesia. Kemudian beliau menceburi bidang Alquran dan Alhadis di Ummul Al-Qura Makkah Al-Mukarramah. Kini beliau bertugas sebagai pegawai istinbat di samping melanjutkan pengajian di peringkat Master di Universiti Malaya.


PEGAWAI ISTINBAT 2

PUAN SRI NORIAH BINTI ROSLI@PLEE 


Beliau di lahirkan di kubang kerian, kelantan pada 01 mac 1968. Beliau merupakan anak kedua daripada lapan beradik.   Mendapat pendidikan menengah di Maahad Amir Indra Petra Beris Kubur Besar sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang  Bahasa Arab di  Universiti Yamouk, Jordan. Kini beliau bertugas sebagai pegawai istinbat di Jabatan Mufti Selangor disamping melanjutkan pengajian di peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.